Blogger Layouts

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
WELCOME TO MINNIE BLOG

Wednesday, April 6, 2011

muhasabah diri

                                                     keinsafan.....
      kat sini aku nk share dgn kawan2 semua sebuah story yg aku bace baru2 nie...nk dgar x..hehhe..
                    
                  Antara kisah nabi muhammad SAW berakhlak mulia....
   Pada zaman Nabi Muhammad SAW,ada seorang lelaki tua yang berbangsa Yahudi.Dia hidup dalam keadaan yang miskin.Di samping miskin,dia juga seorang yang buta.Apa yg menyedihkan,walaupun miskin dan buta,dia mempunyai sikap yg amat buruk iaitu suka menceritakan keburukan dan menfitnah Nabi Muhammad SAW.
     
   Setiap hari dia akan duduk dan menceritakan keburukan Nabi Muhammad SAW yg didengarinya,sedangkan apa yg didengarinya itu fitnah semata-mata.Namun,dia bernasib baik kerana mempunyai sahabat yg setia.Setiap pagi sahabatnya itu akan datang membawa makanan dan menyuapkan makanan untuknya.Ini membuatkan dia kagum dan sayang kepada sahabatnya itu serta berasa bertuah kerana mempunyai sahabatyang setia sepertinya.


    Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,sahabat nabi,Abu bakar as siddiq datang menemui anaknya,Siti Aisyah r.a yg juga isteri kpd nabi untuk bertnya ttg amalan Rasullullah bahawa ayahnya telah melaksanakan kesemua amalan yang dibuat oleh nabi kecuali satu sahaja iaitu nabi slalu mengunjungi dan memberi makan seorang lelaki tua berbangsa yahudi setiap pagi apabila telah selesai solat subuh.


    Sementara itu,lelaki tua yang buta itu berasa hairan kerana tidak dikunjungi oleh sahabatnya yang baik itu dan menanti kedatangan sahabatnya dalam keadaan tertanya tnya dan bimbang.Dia pelik kenapa sudah lama sahababtnya itu tidak mengunjunginya.


    Sedang dia menunggu,tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya.Dia terkejut dan bertanya"Siapa engkau?"Adakah engkau sahabat aku itu"Lantas Abu Bakar menjawab "ya,makanlah."Lelaki tua itu berasa gembira kerana sahabatnya itu telah mengunjunginya.


    Pada mulanya dia tidak tahu yang datang itu adalah orang yg lain sehinngalah Abu Bakar menyuapkan makanan kepadanya.Apabila dia mengunyah makanan itu,dia terdiam dan mukannya tiba-tiba berubah menjadi masam.Dia memalingkan mukanya dan menolak suapan itu.Dia merasakan ada kelainan lalu berkata dgn nada yang agak keras:"Beritahu aku,siapa engkau?Engkau bukan sahabatku itu.Makanan engkau keras dan kasar.Makanan sahabat aku itu halus dan lembut!"Lalu Abu Bakar pun menjawab:"Baiklah,mmg benar aku bukan sahabatmu itu.Aku ialah Abu Bakar.Aku datang untuk meneruskan amalan yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW selepas kewafatannya."


     Lelaki tua yang buta itu kehairanan lalu bertanya:"Apakah yg mengunjungi aku selama ini ialah Muhammad yg selalu aku cerca dan hina?


     "Mmg benar.Bagindalah yg mengunjungimu setiap pagi itu.Baginda ambil berat ttg diri mu,"jawab Abu Bakar.


      Dengan nada yg sedih dan rasa bersalah lelaki itu pun berkata:"Aku tak percaya.Selama ini aku menghina dan menfitnah depan tuannya sendiri.Namun,dia tidak menunjukkan perasaan marah dan dendam kepadaku malah membalasnya dgn kebaikkan.Sungguh mulia akhlaknya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yg disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."Begitulah berkat kesabaran dan keikhlasan Nabi Muhammad SAW,akhirnya seorang yahudi yg angkuh dan sombong itu memeluk agama islam walaupun setelah ketiadaan baginda di dunia ini....


      P/S:Walaupun orang itu menfitnah kita..jgn lah kita bermusuh atau berdendam dgn org..lakukan kebaikan kpdnya..contohilah nabi Muhammad SAW.......

No comments:

Post a Comment